Pangkor.. satu kenangan

0 comments
Pangkor.. satu kenangan

Air yang jernih.. sesuai untuk mandi manda.. kena cari port yang tenang..

seorang budak menjadi model ahahaha

Pangkor.. Pulau Pangkor..
memang terkenang-kenang..
air yang jernih.. keindahan pantai..
Alhamdulillah..

Jikalau takut dilambung ombak...

0 comments
Jikalau takut dilambung ombak...

Apek-seorang kaki pancing yang tidak kedekut berkongsi tips

Betul pepatah orang lamo.. Jikalau takut dilambung ombak.. Jangan berumah di tepi pantai... pengalaman berada di laut ketiko hujan amatlah menakutkan.. tapi bagi old timer yang setakat ombak bosa rumah.. masih tersenyum laei.. den ghaso maso tu.. den nak teleport.. kalo buleh teleport terus balik rumah... bertambah bersyukur den bilo berado di daratan...  itulah kali pertamo.. mungkin akan poei laei bilo ado kesempatan.. tu baru ompek batu nautika bersamaan 7km lobih

apa itu batu nautika? sila rujuk sini(Wikipedia) dan sini(hairilhazlan.com).

Tips dari kawan(apek) kepada den sebagai seorang pemula..

-Untuk mengelakkan mabuk sila makan pil tahan mabuk 2 jam sebelum pergi ke laut. sebelum makan pil.. kena isi perut dahulu..selepas itu dapatkan rehat secukupnya.
-Semasa mabuk.. sila isi perut.. andai muntah.. muntah jangan tahan..
-Sila bawa limau dan asam. ini apabila berada di laut..

Tips dari tekong kepada den..

-Mandi air laut atas kapal.. nanti hilang mabuk.
-Jangan masak banyak.. nanti membazir(andai ramai pemabuk laut di atas kapal)
-Kena bakar semangat pemabuk laut.

itu sahaja tips tahan mabuk laut.. semoga dapat diturunkan dari pemabuk laut ke pemabuk laut yang lain..

Kucing macam si betik.. nostalgia..

4 comments
Kucing macam si betik.. nostalgia..

Alhamdulillah.. terubat duka.. dapat kucing macam si betik ni.. garang nak mampus.. cair dengan makanan.. comelnyep iyep...

Buluh Tumpat : Khasiat dan kelebihan

0 comments
Buluh Tumpat : Khasiat dan kelebihan


Buluh tumpat adalah buluh di mana di dalam serumpun buluh apa-apa yang kebanyakannya ada ruang kosong.. tetapi terdapat satu atau lebih buluh yang ganjil.. iaitu tiada ruang kosong.. dipanggil buluh tumpat.. mungkin penyakit dikalangan buluh itu.. mungkin..

mengenai khasiat.. dikatakan oleh orang lama..
-menarik bisa(kata orang.. lalukan buluh tumpat ke kawasan yang terkena bisa..)
-sebagai pembias sihir atau apa-apa yang entiti yang negatif(yep.. hari ini pjk penuh.. waktu pagi.. kebetulan rasanya..) penolak ilmu sihir(medium alami pemusnah ilmu sihir.. mungkin kena ada caranya atau selamba aje letak kat rumah.. )
-boleh hempuk orang kalo dia cuba buat jahat kat kita..
-keras.. rasanya boleh buat perabut yang bagus..
-dikatakan boleh buat pagaran rumah.

sumber internet pula..
http://pulaumistik.blogspot.com/2010/11/perihal-buluh-tumpat.html
http://www.susahnakcari.com/link/warisan/teras_kayu.htm
http://kayudanteras.blogspot.com/2010/03/buluh-tumpat.html

lepas ni nak maharkan kat sesiapa yang berminat.. Rm 30.. ada sesiapa berminat.. email kek den pjkpalong@gmail.com.. den hiris/gergaji besi 0.4 cm tebal.. hanta pakai pos laju.. sila isi sendiri..
 gambar produk nanti den upload..

1-1-2012 Hari Ahad.. yang banyak mimpi pelik

2 comments
1-1-2012 Hari Ahad.. yang banyak mimpi pelik

 
Ini perihal mimpi.. maksudnya kebarangkalian mimpi itu di alami oleh orang lain adalah mungkin beberapa persen.. wokeh..

Aku nak senaraikan mimpi aku sejak dua menjak ni(yang aku ingat aje la..)

a) Hari Sabtu : mimpi perbandingan jari kelinking.. ada orang tanya kenapa jari kelingking aku besar.. FTW..
b) Hari Ahad : banyak mimpi.. adakah kemungkinan data boleh disimpan di kekacang? sebab aku mimpi aku jual lagu berformat MP3.. guna kantung.. jual ke beberapa orang perempuan.. dalam kantung ada kekacang macam kacang kuaci yang telah dikopek.. dalam mimpi aku cari alatan untuk 'burn' data dalam kekacang.. F2U12.. tak jumpa.. satu kekacang muat lagu MP3.. dan lagu tu boleh di'upload' direct guna macam usb atau sefungsi dengannya.... ahahahaha..aneh.. mimpi teknologi.. aku ingat kekacang boleh buat napalm aje..
c) Mimpi mempunyai dua bini.. bini aku gaduh-gaduh.. macam real.. sampai aku cuak beb.. apa dah jadi ngan aku sebenarnya ni?

Gerhana Bulan 10 Disember 2011

0 comments
Gerhana Bulan 10 Disember 2011

Negeri Sembilan,

6:30 petang,
Cuaca agak baik.. sungguh indah sekali.. sekali sekala mencari port untuk merakam detik bersejarah. Objektif.. merakam fasa pertama gerhana bulan.

7.29 petang
Cuaca agak mendung.. masih tidak berputus asa.. menaiki motosikal ke simpang .. lalu kelihatan awan mendung berarak kelabu beserta percikan kilat. lalu patah balik ke markas

7:35 petang
Tiada harapan.. pasrah.

8:00 malam hingga 10: malam
Kempunan.. jeles.. tiada upaya :(

11:45 malam
Akhirnya langit cerah semula..

2:00 pagi
Boleh tidur dengan lena.

Cara membela anak kucing yang masih kecil

2 comments
Cara membela anak kucing yang masih kecil

Oh.. ini berkenaan dengan kisah 3 minggu lepas.. ceritanya begini.. ia mengenai empat ekor anak kucing..

Pada waktu malam yang sunyi.. dikala aku sedang nyenyak dibuai mimpi tiba-tiba..... telefon bimbitku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Assalammualaikum.. aku ada hal nak cakap ni.." kata bob
"wa'alaikumussalam.. ye bob.. hal apa bob.. bagitau la.." kata ku
"camni cerita dia.. ni kat kedai ada sekotak anak kucing.. ada empat ekor.. ko nak bela tak?" kata bob

sambil ku membayangkan empat ekor anak kucing.. dan berkata di dalam hati.. "mungkin dah reti cari makan agaknya"

"kalo camtu.. bawaklah sini.." balasku..
selang setengah jam selepas itu.. kedengaran bunyi motor bob.
"nah.. ni anak kucing ko.." kata bob sambil tersenyum..
"hah? ini bukan anak kucing.. ni bayi kucing.." ku berkata sambil melihat ada mata yang masih belum terbuka..


ini berkenaan dengan kisah 3 minggu lepas.. ceritanya begini.. ia mengenai empat ekor baby/bayi kucing..